Home / Teknologi & Digital / Bandai Namco Laporkan Kebocoran Kira-Kira 346,000 Rekod Peribadi

Bandai Namco Laporkan Kebocoran Kira-Kira 346,000 Rekod Peribadi

TOKYO – Syarikat hiburan Jepun, Bandai Namco, melaporkan kebocoran data yang menjejaskan kira-kira 346,000 rekod pengguna susulan akses tanpa kebenaran terhadap perkhidmatan e-mel pihak ketiga.

Insiden itu melibatkan 346,247 rekod ahli THE GUNDAM BASE MEMBERS, dengan maklumat yang terdedah merangkumi alamat e-mel dan pengecam dalaman untuk pengurusan akaun Bandai Namco ID.

Menurut laporan berkaitan, kejadian itu dikesan selepas penyedia perkhidmatan e-mel, YmirLink, memaklumkan terdapat akses tanpa kebenaran dalam persekitaran perkhidmatan berkenaan.

Bagaimanapun, kata laluan log masuk dan maklumat kad kredit tidak termasuk dalam data yang dilaporkan terdedah.

Bandai Namco telah menggantung perkhidmatan penghantaran e-mel yang terjejas dan melaporkan insiden itu kepada Suruhanjaya Perlindungan Maklumat Peribadi Jepun. Siasatan lanjut sedang dijalankan bersama penyedia perkhidmatan berkenaan.

Pengguna dinasihatkan supaya berwaspada terhadap e-mel mencurigakan yang menyamar sebagai pihak rasmi, khususnya mesej yang meminta maklumat peribadi atau mengandungi pautan tidak dikenali.

Sumber: Astro AWANI

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *