Home / Terkini / Ibu Syafiq Kyle Meninggal Dunia

Ibu Syafiq Kyle Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal, Syafiq Kyle berdepan kehilangan insan tersayang apabila ibunya, Rohaya Sulaiman, dilaporkan meninggal dunia pada pagi Sabtu.

Berita duka tersebut dikongsikan oleh adiknya yang juga pelakon, Syazwan Razak, menerusi Instagram Stories. Syazwan turut memohon orang ramai menghadiahkan bacaan al-Fatihah buat ibu tercinta serta memohon maaf bagi pihak arwah sekiranya terdapat sebarang kesalahan.

Sebelum ini, Syazwan meminta doa orang ramai selepas ibunya dimasukkan ke hospital. Dia kemudian berkongsi perkembangan positif apabila ibunya dilaporkan kembali bertenaga selepas beberapa jam menerima rawatan.

Namun, berita pemergian Rohaya pada pagi Sabtu mengundang rasa hiba. Orang ramai turut diminta mendoakan agar segala urusan keluarga Allahyarham dipermudahkan.

Al-Fatihah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *