ISU TERKINI · POLITIK · HIBURAN · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK · HIBURAN · SANTAI

Terkini

Dua pelajar Tingkatan Empat dihadapkan ke mahkamah kes kematian pelajar Tingkatan Dua

KUALA PILAH: Dua pelajar lelaki berusia 16 tahun dihadapkan ke Mahkamah Kuala Pilah hari ini bagi menghadapi pertuduhan berkaitan kematian seorang pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengah di daerah ini.

Kedua-dua remaja berkenaan tiba di mahkamah kira-kira jam 8.45 pagi.

Kedua-dua pelajar berusia 16 tahun itu bakal dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Foto Sinar harian

Mereka bakal berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kes berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian yang berlaku pada 25 September lalu apabila seorang pelajar berusia 14 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di kawasan asrama sekolah sekitar jam 8 malam.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah sebelum disahkan meninggal dunia.

Sebelum ini, polis memaklumkan siasatan dijalankan selepas mangsa dipercayai menjadi mangsa kekerasan oleh pelajar senior.

Sebanyak 69 keterangan telah direkodkan sepanjang siasatan, manakala lima pelajar turut tampil mendakwa pernah menjadi mangsa buli oleh salah seorang suspek.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *