ISU TERKINI · POLITIK · HIBURAN · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK · HIBURAN · SANTAI

Malaysia

F1 Kembali Ke Sepang, Tinggalkan Kenangan Bermakna Buat Peminat Seluruh Dunia

KUALA LUMPUR – Selepas sembilan tahun menanti, kemunculan semula Formula 1 (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akhirnya melabuhkan tirai dengan kenangan yang cukup bermakna buat peminat dari seluruh dunia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan perlumbaan Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 di Sepang sebagai satu aksi yang penuh debaran, hasil persaingan sengit antara pelumba dan pasukan.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut merakamkan penghargaan kepada semua pelumba dan pasukan yang memberikan aksi terbaik sepanjang perlumbaan.

Beliau bersama Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman Hamad Al Khalifa, turut menyampaikan trofi kepada pelumba dan pasukan yang berjaya.

Anwar turut mengucapkan tahniah kepada Max Verstappen, Kimi Antonelli dan Lewis Hamilton serta pasukan Red Bull Racing atas kejayaan masing-masing.

Menariknya, walaupun hujan membasahi litar, sambutan peminat di Sepang tetap meriah. Suasana itu dilihat menggambarkan betapa peminat merindui kehadiran F1 selepas sembilan tahun ia tidak berlangsung di Malaysia.

GP Gulf Air Bahrain 2026 berlangsung di Sepang dari 2 hingga 4 Oktober hasil persetujuan antara Formula 1, FIA serta kerajaan Malaysia dan Bahrain.

Sumber : BERNAMA
Foto : FB Anwar Ibrahim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *