ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

Malaysia

Amat ‘Pelik’ Dan Unik Dakwa Ismail Sabri Tidak Isytihar Harta – Peguam

KUALA LUMPUR – Peguam kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan pertuduhan tidak mengisytiharkan harta, termasuk wang tunai RM14.7 juta, pelbagai mata wang asing dan lima jongkong emas yang dihadapi anak guamnya sebagai pelik dan janggal.

Peguam Datuk Amer Hamzah Arshad berkata pihak pendakwaan sebelum ini telah memohon pelucuthakan harta berkenaan di bawah Seksyen 41 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Mata wang asing yang terbabit ialah SG$6.1 juta, AS$1.46 juta, CHF3 juta, €12.16 juta, ¥363 juta, £50,250, NZD44,600, AED34.7 juta dan AUD$352,850.

Amer Hamzah berkata Seksyen 41 Akta SPRM 2009 memperuntukkan kuasa berkaitan pelucuthakan harta yang disita apabila tiada pendakwaan jenayah dilakukan.

“Ada perisytiharan oleh pihak pendakwaan sebelum ini yang mengesahkan bahawa, selepas kertas siasatan diteliti, tiada pendakwaan akan dijalankan ke atas Ismail Sabri.

“Bagaimanapun, sekarang atas sebab yang sangat pelik, kami dimaklumkan pendakwaan diteruskan walaupun kuasa di bawah Seksyen 41 Akta SPRM telah digunakan.

“Ini mewujudkan keadaan yang amat pelik dan unik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir bersama peguam Datuk Seri Rajan Navaratnam, Ragunath Kesavan, Joshua Tay, Tan Xu Yin, Jason Anthony dan Ashwath Ramakrishnan.

Amer Hamzah berkata pihak pembelaan akan meneliti pertuduhan yang dikenakan terhadap Ismail Sabri dan berhak mencabar kewajaran serta kesahihannya.

Pada Julai 2025, SPRM memfailkan permohonan di Mahkamah Sesyen di sini untuk melucutkan hak hampir RM170 juta yang dirampas ketika siasatan.

Pada 1 Oktober 2025, Mahkamah Sesyen mengarahkan wang berkenaan dilucutkan hak kepada kerajaan selepas tiada pihak ketiga tampil membuat tuntutan terhadap dana itu dan tiada bantahan difailkan terhadap permohonan pelucuthakan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *