ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

Dunia

3 Pemain Argentina Digantung Susulan Pergaduhan Pada Perlawanan Akhir Piala Dunia

LONDON – Tiga pemain Argentina digantung susulan penglibatan mereka dalam pergaduhan pada penghujung perlawanan akhir Piala Dunia bulan lepas menentang Sepanyol, manakala pasukan itu turut didenda berhubung tindakan mempamerkan kain rentang Kepulauan Falkland selepas kemenangan separuh akhir ke atas England.

Menurut PA Media/dpa, pemain tengah Leandro Paredes menerima hukuman paling berat apabila digantung 10 perlawanan dan didenda AS$90,000 oleh Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Pemain pertahanan Nahuel Molina pula digantung tujuh perlawanan dan turut dikenakan denda AS$90,000.

Seorang lagi pemain Argentina, Thiago Almada, digantung satu perlawanan serta didenda AS$30,000 atas kelakuan tidak bersemangat kesukanan.

Penolong jurulatih Argentina Roberto Ayala turut dikenakan penggantungan tiga perlawanan dan denda AS$30,000.

Sementara itu, pemain Sepanyol Gavi dikenakan penggantungan satu perlawanan serta denda AS$30,000 atas kesalahan kelakuan tidak bersemangat kesukanan.

Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) pula didenda AS$321,000 atas beberapa pelanggaran, termasuk tindakan mempamerkan kain rentang tanpa kebenaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *