ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

Dunia

Bumi “Kehilangan Graviti” Selama 7 Saat Hari Ini?

WASHINGTON – Tanggal 12 Ogos dijangka menjadi antara hari paling menarik bagi pemerhati langit apabila beberapa fenomena cakerawala berlaku dalam tempoh kira-kira 24 jam.

Antara fenomena yang dinantikan ialah gerhana matahari penuh yang dapat dilihat di beberapa kawasan Hemisfera Utara, kemuncak tahunan hujan meteor Perseid serta kemunculan enam planet secara serentak di langit.

Namun, di sebalik fenomena astronomi sebenar itu, satu dakwaan tidak berasas mengenai bumi kononnya akan “kehilangan graviti” selama tujuh saat pada hari ini kembali tular di media sosial.

Dakwaan berkenaan bagaimanapun tidak disokong sebarang bukti saintifik.

Khabar angin itu dikaitkan dengan dakwaan mengenai kebocoran dokumen rahsia Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) yang didakwa dikenali sebagai “Project Anchor” pada November 2024.

Sepanjang lapan bulan pertama tahun ini, beberapa hantaran dalam talian mendakwa fenomena berkenaan boleh menyebabkan puluhan juta kematian di seluruh dunia serta mendakwa NASA telah membuat persiapan khas untuk menghadapinya.

Bagaimanapun, dakwaan mengenai “Project Anchor” dan kehilangan graviti itu adalah palsu.

NASA mengesahkan bahawa fenomena utama yang berlaku pada tarikh berkenaan ialah gerhana matahari penuh dan fenomena itu tidak akan menyebabkan bumi kehilangan graviti.

Menurut penjelasan NASA, kehilangan graviti seperti yang didakwa hanya boleh berlaku sekiranya keseluruhan sistem bumi kehilangan jisim, termasuk teras, mantel, kerak bumi, lautan, air daratan dan atmosfera.

Justeru, orang ramai tidak perlu bimbang dengan dakwaan bumi akan kehilangan graviti selama tujuh saat kerana tiada asas saintifik yang menyokong perkara tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *