ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

MalaysiaPolitikTerkini

Pemergian Mohd Radzi kehilangan besar kepada keluarga UMNO

Pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Mohd Radzi Rahimi, bersama isteri, anak dan adik iparnya dalam tragedi pokok tumbang di Jalan Bentong-Raub bukan sahaja meninggalkan kesedihan kepada keluarga, malah turut mengundang ribuan ucapan takziah daripada rakan-rakan dan masyarakat.

Namun di sebalik berita duka itu, media sosial dipenuhi dengan perkongsian mengenai keperibadian Allahyarham yang disifatkan sebagai seorang pemimpin muda berjiwa rakyat.

Rata-rata yang mengenali Allahyarham menyifatkannya sebagai seorang yang mudah didekati, tidak pernah lokek menghulurkan bantuan dan sentiasa mendahulukan kebajikan masyarakat berbanding kepentingan diri. Ada yang berkongsi bahawa beliau sentiasa hadir membantu program kemasyarakatan tanpa mengira waktu, manakala ada juga yang menganggapnya sebagai sahabat yang sentiasa memberi semangat kepada orang sekeliling.

Pemimpin UMNO Pahang turut menyifatkan Allahyarham sebagai seorang pemimpin muda yang komited, istiqamah dalam perjuangan parti serta disenangi pelbagai lapisan masyarakat. Pemergiannya dianggap satu kehilangan besar bukan sahaja kepada UMNO Bahagian Maran, malah kepada negeri Pahang sendiri.

Tragedi yang meragut empat nyawa itu mengingatkan ramai bahawa harta, pangkat dan jawatan akhirnya akan ditinggalkan. Yang kekal dikenang ialah budi bahasa, jasa dan kebaikan yang pernah ditaburkan sepanjang hayat.

Di ruangan komen media sosial, ramai netizen turut mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan keluarganya serta menempatkan mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *