ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

Malaysia

Kanak-Kanak Dikunci Dalam Tandas, Tidur Atas Lantai: Polis Siasat Dakwaan Bekas Guru

LANGKAWI – Polis akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan membabitkan kes pengabaian di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di sini yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata, siasatan sedang dijalankan secara menyeluruh bagi meneliti semua dakwaan yang dikemukakan.

Menurut beliau, laporan polis dibuat oleh seorang bekas guru pusat jagaan tersebut yang mendakwa wujud amalan tidak wajar dalam pengendalian kanak-kanak.

Gambar kanak-kanak yang tular di media sosial didakwa berlaku pengabaian.

“Antara dakwaan yang dikemukakan ialah kanak-kanak dibiarkan tidur di atas lantai tanpa tilam serta terdapat beberapa kanak-kanak yang didakwa pernah dikunci di dalam tandas.

“Bagaimanapun, setakat ini tiada ibu bapa tampil membuat laporan bahawa anak mereka mengalami kecederaan akibat kejadian tersebut,” katanya.

Beliau berkata, polis kini sedang mendapatkan dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) selain merakam keterangan saksi bagi mengesahkan dakwaan yang dibangkitkan.

“Pada masa sama, siasatan masih diteruskan bagi menentukan kesahihan setiap dakwaan yang dikemukakan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *