ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

Politik

PRN NS: Aminuddin Akui Linggi Bukan Kerusi Selamat, Itu Kubu Kuat BN

KUALA PILAH – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengakui kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi bukan laluan mudah apabila kawasan itu sekian lama menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, beliau berkata keputusan meninggalkan DUN Sikamat untuk bertanding di Linggi dibuat selepas pertimbangan rapi berdasarkan pelbagai faktor strategik bagi memastikan PH berpeluang merampas kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, 1 Ogos ini.

Menurut beliau, kemenangan di Linggi penting bagi membantu PH mengekalkan pentadbiran kerajaan negeri.

“Keputusan saya berpindah ke DUN Linggi adalah untuk memastikan PH berjaya merampas kerusi itu walaupun kawasan tersebut merupakan kubu kuat BN sejak sekian lama. PKR juga pernah bertanding di situ, namun tewas.

“Saya bertanding di Linggi kerana mahu memastikan kemenangan. Saya melihat ini sebagai peluang terbaik untuk berkhidmat kepada penduduk di sana walaupun kita pernah kalah sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pengumuman Calon PH bagi PRN Negeri Sembilan di Dataran Melang, di sini, yang disempurnakan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada majlis itu, PH mengumumkan senarai penuh 36 calon yang akan bertanding mewakili gabungan berkenaan, menampilkan gabungan muka baharu serta pemimpin berpengalaman daripada PKR, DAP dan Amanah.

Senarai calon PH bagi PRN Negeri Sembilan 2026:

  • N01 Chennah – Loke Siew Fook
  • N02 Pertang – Mohd Umry Abdul Khois
  • N03 Sungai Lui – Zainal Fikri Abd Kadir
  • N04 Klawang – Datuk Bakri Sawir
  • N05 Serting – Yaacob Mahmood
  • N06 Palong – Muhammad Zahin Zainal Abidin
  • N07 Jeram Padang – Manivanan Gown
  • N08 Bahau – Teo Kok Seong
  • N09 Lenggeng – Zarinna Abu Zarin
  • N10 Nilai – J Arul Kumar
  • N11 Lobak – Chew Seh Yong
  • N12 Temiang – Ho Weng Wah
  • N13 Sikamat – Nor Azman Mohamad
  • N14 Ampangan – Datuk Muhammad Nazri Kassim
  • N15 Juasseh – Mohd Aidil Abdullah
  • N16 Seri Menanti – Mohd Kamarul Arifin Mohd Wafa
  • N17 Senaling – Mohd Hanis Mohd Alimin
  • N18 Pilah – Datuk Noorzunita Begum Mohd Ibrahim
  • N19 Johol – Mohd Zailan Mohd Munawar
  • N20 Labu – Ahmad Faez Abdul Razak
  • N21 Bukit Kepayang – Nicol Tan Lee Koon
  • N22 Rahang – Siau Meow Kong
  • N23 Mambau – Lee Kai Yet
  • N24 Seremban Jaya – S. Mugunthan
  • N25 Paroi – Ahmad Shahir Mohd Shah
  • N26 Chembong – Danish Nazran Murad
  • N27 Rantau – Dr Azizul Hakim Mahdi
  • N28 Kota – Muhammad Allif Ibrahim
  • N29 Chuah – Yew Boon Lye
  • N30 Lukut – Choo Ken Hwa
  • N31 Bagan Pinang – Nasir Raman
  • N32 Linggi – Datuk Seri Aminuddin Harun
  • N33 Sri Tanjung – Dr G. Rajassekaran
  • N34 Gemas – Siti Aishah Seman Othman
  • N35 Gemencheh – Abd Latif A. Tambi
  • N36 Repah – S. Veerapan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon, diikuti hari pengundian awal pada 28 Julai, manakala hari mengundi dijadualkan berlangsung pada 1 Ogos.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *