Anwar Ucap Selamat Ulang Tahun Ke-101 Buat Tun Mahathir
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran ke-101 kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar mendoakan agar Dr Mahathir terus dikurniakan kesihatan yang baik serta dilimpahi rahmat dan keberkatan.
“Semoga Tun terus dilimpahi rahmat, kesihatan yang baik dan berada dalam keberkatan-Nya, insya-Allah,” katanya.

Dr Mahathir dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Alor Setar, Kedah dan merupakan Perdana Menteri Malaysia yang berkhidmat selama dua penggal.
Beliau memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun bermula 1981 hingga 2003, sebelum kembali menerajui pentadbiran negara dari 2018 hingga 2020.
Pelantikan semula beliau pada usia 92 tahun turut mencatat sejarah apabila diiktiraf sebagai Perdana Menteri tertua di dunia ketika itu.
