ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

Malaysia

Malaysia Bersatu Hati Kecam Naratif Negatif Noor Azizah Isu Rohingya

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia dilihat bersatu mempertahankan imej negara susulan tularnya dakwaan yang mengaitkan Malaysia dengan layanan tidak berperikemanusiaan terhadap pelarian etnik Rohingya.

Perdebatan itu tercetus selepas seorang aktivis Rohingya yang kini menetap di Australia, Noor Azizah, berkongsi pandangannya mengenai pengalaman komuniti Rohingya di beberapa negara serantau termasuk Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Dalam kenyataan yang dikongsikan menerusi media sosial, beliau mendakwa terdapat pelbagai bentuk kesukaran dan layanan yang tidak adil dihadapi oleh pelarian Rohingya yang mencari perlindungan di negara-negara berkenaan.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia yang menyifatkan dakwaan berkenaan tidak menggambarkan realiti sebenar serta mengabaikan bantuan dan perlindungan yang telah diberikan negara kepada komuniti pelarian selama ini.

Tinjauan di platform media sosial seperti Threads mendapati ramai pengguna mempertikaikan kenyataan tersebut, selain meluahkan rasa kecewa terhadap apa yang dianggap sebagai sikap tidak menghargai jasa dan layanan yang diberikan Malaysia.

“Kenapa tak kritik Myanmar at very first place? A country that makes u a refugee,” – farhanaamira90.

“Saya tidak pernah berasa begitu jijik sehingga saya menonton video ini. Sikap berasa berhak itu… Malaysia terkenal kerana memberikan perlindungan kepada pelarian, namun kini ada pula keberanian untuk menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang buruk… itu memang satu gurauan tahap lain,” – Sushiitrashyy

“Saya syorkan wanita ini dikenakan tindakan kerana telah memalukan Australia,” – Watedon390

“Kenyataan wanita ini membuatkan semua rakyat Malaysia tersedar untuk hentikan sumbangan kepada UNCHR, bagus manusia tak kenang budi ini,” – bebulus_kehidupan86.

“Kenapa hanya anda yang berada di tempat baik tetapi bukan komuniti anda, balik bersama mereka dengan mu wahai Noor Azizah,” – tieym_

“Azizah you studied so much, but saying people can walk from Myanmar to Sabah doesn’t make any sense. A quick look at the map would help,” – fscadarbest.

“Ibarat melepaskan anjing tersepit,” – farinamelissa.

“Supposedly u say thank you to Malaysia for helping your people. Ungrateful,” – zahiramazli.

Selain itu, beberapa seleberiti juga turut memberi pengajaran kepada Noor Azizah antaranya penyanyi terkenal, Nurul Debb yang berkata, sudah tiba masanya untuk Malaysia mengikut jejak langkah Indonesia dalam mengatasi masalah Rohingya, yang lebih melindungi penduduk negara terlebih dahulu.

“Buka je thread, nampak pasal azizah ni. Saya yang tinggal di Indonesia terpegun dengan cara Indonesia yang apa apa pun dahulukan rakyatnya. Dha tiba masa Malaysia ikut jejak langkah negara sister kita. Kena lebih protective dah. Kesianlah malaysia ku. Kita ni baik suka tolong orang. Sudah2 lah kot,” katanya.

Sementara itu, usahawan dan personaliti media sosial, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat yang kini mendapatkan suaka di Australia, turut tampil menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu yang sedang hangat diperkatakan.

Beliau turut menegaskan tidak pernah memburukkan Malaysia dan menyifatkan negara itu sebagai tanah air yang sentiasa dekat di hatinya.

facebook sharing button
whatsapp sharing button
twitter sharing button

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *