NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

Politik

Status Kerusi Pandan, Setiawangsa Bergantung Keputusan Speaker Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Status kekosongan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa kini bergantung kepada keputusan Speaker Dewan Rakyat susulan pengumuman peletakan jawatan oleh Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad.

Perkara itu timbul selepas kedua-dua ahli politik berkenaan mengumumkan hasrat mengosongkan kerusi masing-masing serta keluar daripada Parti Keadilan Rakyat sebelum menyertai parti baharu. 

Foto Bernama

Pakar perlembagaan menjelaskan sama ada pilihan raya kecil perlu diadakan atau tidak bergantung kepada tafsiran dan keputusan Speaker Dewan Rakyat berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Ini kerana kedua-dua kerusi berkenaan sudah melepasi tempoh tiga tahun selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), sekali gus membuka kemungkinan tiada pilihan raya kecil diadakan sekiranya kekosongan berlaku. 

Sebelum ini, Rafizi mengumumkan akan mengosongkan kerusi Parlimen Pandan manakala Nik Nazmi turut membuat keputusan sama bagi kerusi Setiawangsa sebagai sebahagian hala tuju politik baharu mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *