NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

Malaysia

Sekarang bukan masa berebut kuasa – PM

SEREMBAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan ketika ini bukan masa untuk mana-mana pihak berebut kuasa atau mencetuskan ketidakstabilan politik ketika negara sedang berdepan pelbagai cabaran ekonomi dan isu melibatkan rakyat.

Menurut beliau, sebarang perbincangan atau keputusan politik perlu diselesaikan secara musyawarah dan penuh hikmah tanpa menimbulkan perpecahan dalam kalangan pemimpin serta rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara Tahun 2026 Peringkat Kebangsaan di X-Park Sendayan hari ini. – foto BERNAMA

“Sekarang bukan masa berebut kuasa. Kita perlu bermusyawarah dan mencari jalan terbaik demi kestabilan negara serta kepentingan rakyat,” katanya.

Anwar berkata, semua pihak perlu menghormati proses undang-undang serta institusi diraja selain mengelakkan tindakan tergesa-gesa yang boleh menjejaskan kestabilan politik negara.

Beliau turut menegaskan fokus kerajaan ketika ini adalah untuk memperkukuhkan ekonomi, menjaga kebajikan rakyat dan memastikan pentadbiran negara terus stabil dalam menghadapi cabaran semasa. “Negara kita menghadapi masalah, fokusnya ke masalah rakyat, bukan perebutan. Bukan masanya, ada masa dalam sistem kita, …pilihan raya, itu gelanggangnya. Tapi sekarang masa kita bangun, rakyat harus diberi perhatian,” katanya berucap ketika merasmikan Hari Belia Negara 2026, di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *