NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

DuniaPolitik

Vijay Thalapathy Mula Bertugas, Terus Tutup 700 Kedai Arak Di Tamil Nadu

Bekas bintang filem Tamil, Vijay atau nama penuhnya C Joseph Vijay, 51, tidak membuang masa sebaik sahaja dilantik sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu ke-13.

Sejurus mengangkat sumpah jawatan pada 10 Mei 2026, pemilik gelaran Thalapathy itu terus mengeluarkan arahan penutupan 700 kedai arak yang beroperasi di bawah Tamil Nadu State Marketing Corporation (TASMAC) langkah pertama yang jelas mencerminkan manifesto anti-dadah yang dibawanya ke pilihanraya.

717 Kedai Dalam Radar 500 Meter Dari Kawasan Sensitif

Berdasarkan audit yang dijalankan oleh pejabat ketua menteri, sebanyak 717 kedai arak telah dikenal pasti beroperasi dalam radius 500 meter daripada lokasi sensitif termasuk:

  • Institusi pendidikan
  • Stesen bas
  • Pusat pekerjaan

Kesemua kedai berkenaan diarahkan tutup selama dua minggu bagi memastikan kebajikan awam terpelihara.

“Buat masa ini terdapat sekitar 4,765 kedai menjual arak yang beroperasi di bawah TASMAC. Bagaimanapun, ketua menteri telah membuat audit dan mengenal pasti kedai-kedai yang terletak dalam radar 500 meter dari pusat pekerjaan, stesen bas dan institusi pendidikan sebagai yang perlu ditutup,” demikian kenyataan rasmi kerajaan Tamil Nadu, seperti dilaporkan Hindustan Times.

Janji Pilihan Raya Yang Ditepati

Arahan bersejarah ini selari dengan manifesto parti Vijay, Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK), yang berjaya memenangi 108 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri Tamil Nadu baru-baru ini. Antara janji utama parti tersebut ialah usaha membanteras dadah dan minuman keras demi melindungi kesejahteraan rakyat.

Dari Layar Perak Ke Kerusi Kuasa

Sebelum terjun ke dunia politik pada awal 2024, Vijay merupakan ikon Kollywood, industri filem Tamil yang dipuja jutaan peminat. Filem-filemnya seperti Ghilli, Thuppakki, Mersal dan Leo mencatat kutipan box office yang membanggakan.

Kini, pentas yang berubah dari skrin perak ke dewan parlimen Vijay sekali lagi membuktikan bahawa nama Thalapathy, yang bermaksud ketua, bukan sekadar gelaran hiburan semata-mata.

Sumber: Hindustan Times

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *