MASJID TANAH – Barisan Nasional (BN) Melaka menjangkakan tiada pertembungan kerusi dengan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadual berlangsung pada 14 November ini.
Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata kedua-dua gabungan telah mencapai persefahaman dan bersetuju bergerak bersama dalam menghadapi pilihan raya berkenaan.
Beliau turut menolak kemungkinan BN dan PN bertembung seperti yang berlaku di Johor, sambil menyifatkan hubungan kedua-dua pihak di Melaka sebagai satu kesepakatan yang kukuh.
“Di sini kita sudah bernikah dengan berkadi, nanti kalau bercerai pun ada talak,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri satu program penyampaian sumbangan perayaan Deepavali peringkat negeri pada Khamis.
Menurut Ab Rauf, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah memutuskan PN sebagai rakan strategik BN. Kedua-dua pihak juga bersetuju menyelaraskan gerak kerja jentera pilihan raya serta menggunakan manifesto bersama.
Dalam perkembangan berkaitan, BN meletakkan 21 calon untuk PRN Melaka, manakala tujuh kerusi lagi diperuntukkan kepada PAS dan rakan kerjasamanya.
Sumber : Astro AWANI









