Home / Dunia / Tentera Israel Terus Serang Selatan Lubnan

Tentera Israel Terus Serang Selatan Lubnan

BEIRUT – Tentera Israel meneruskan serangan di beberapa kawasan di selatan Lubnan pada Rabu, termasuk bedilan artileri dan operasi menggunakan dron, menurut laporan media tempatan yang dipetik Agensi Berita Qatar (QNA).

Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA) melaporkan bedilan artileri menyasarkan kawasan Mansouri, Majdal Zoun dan lembah berhampiran. Beberapa peluru turut dilaporkan jatuh di kawasan timur Hadatha.

Di Baraachit, sebuah dron Israel dilaporkan menggugurkan bom tangan, manakala bedilan artileri turut mengenai kawasan antara Mayfadoun dengan Zawtar al-Sharqiya.

Pesawat pejuang Israel juga dilaporkan terbang di ruang udara pinggir selatan Beirut, sementara letupan melibatkan objek yang belum dikenal pasti berlaku di Qallawiyah.

Serangan berterusan itu berlaku meskipun Lubnan dan Israel telah menandatangani perjanjian rangka kerja yang diusahakan Amerika Syarikat pada Jun lalu.

Sumber: BERNAMA / Astro AWANI

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *