KUALA LUMPUR – Pemimpin Parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad digesa berundur sepenuhnya daripada dunia politik susulan kontroversi kes khalwat yang dikaitkan dengannya.
Naib Presiden Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (PEKEMAS), Shahrizan Ramli berkata, keputusan parti Bersama merehatkan Nik Nazmi daripada semua aktiviti rasmi selama tiga bulan memberi gambaran kurang tepat kepada pemimpin masa depan, khususnya golongan muda.
Menurutnya, ahli politik yang terpalit dengan isu moral di peringkat antarabangsa lazimnya mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatan atau mengundurkan diri bagi menjaga maruah.
Beliau turut menegaskan hubungan persahabatan Nik Nazmi dengan Datuk Seri Rafizi Ramli tidak seharusnya menjadi alasan untuk memberikan sebarang keistimewaan kepadanya.
Sebelum ini, Presiden Bersama, Ahmad Syukri Che Abdul Razab memaklumkan Nik Nazmi direhatkan daripada aktiviti rasmi parti selama tiga bulan, berkuat kuasa 20 Oktober 2026 hingga 19 Januari 2027.
Keputusan itu dibuat selepas Nik Nazmi mengakui pembabitannya dalam kes berkenaan, yang mendapat perhatian umum.
Sumber : Astro AWANI









