Home / Terkini / TENGKU BADERUL ZAMAN MANGKAT, TERENGGANU BERKABUNG TIGA HARI

TENGKU BADERUL ZAMAN MANGKAT, TERENGGANU BERKABUNG TIGA HARI

KUALA TERENGGANU – Adinda kepada Sultan Terengganu, Datuk Seri Dr Tengku Baderul Zaman Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, mangkat pada jam 1.20 pagi Sabtu di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.

Perkara itu dimaklumkan menerusi pengumuman rasmi dengan perkenan Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.

Menurut kenyataan berkenaan, jenazah Allahyarham dijadual tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus pada jam 1.15 tengah hari, 24 Oktober, menggunakan pesawat khas. Pemangku Raja Terengganu dijadual menyambut ketibaan jenazah sebelum dibawa ke Balai Islam untuk penghormatan terakhir.

Solat jenazah dijadual dilaksanakan selepas solat Asar pada jam 4.13 petang, sebelum jenazah dibawa ke Makam Diraja Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu untuk istiadat pemakaman.

Pemangku Raja Terengganu turut memperkenankan tempoh berkabung selama tiga hari, bermula 24 hingga 26 Oktober 2026.

Majlis tahlil juga dijadual diadakan selama tiga malam berturut-turut di Balai Islam, Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *