Home / Malaysia / Tun M Luah Kesedihan Kehilangan Tun Hasmah, Tetap Bersyukur 70 Tahun Bersama

Tun M Luah Kesedihan Kehilangan Tun Hasmah, Tetap Bersyukur 70 Tahun Bersama

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa sedih atas pemergian isterinya, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, namun tetap bersyukur kerana dikurniakan kesempatan untuk hidup bersama insan yang dicintainya selama puluhan tahun.

Dalam satu hantaran di media sosial pada 19 Oktober, Mahathir turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu menguruskan pengebumian Allahyarhamah serta mereka yang tidak putus-putus mendoakan isterinya.

Hantaran kenyataan di Media Sosial Tun Mahathir

Beliau mengakui masih belum cukup kuat untuk kembali menjalankan tugas di pejabat, meskipun sudah mencuba untuk berbuat demikian sejak sehari dua lalu.

Di sebalik kesedihan yang dirasai, Mahathir berkata doa yang terus mengiringi Allahyarhamah mengingatkannya supaya sentiasa bersyukur kepada Allah SWT kerana telah meminjamkan Hasmah kepadanya untuk tempoh yang begitu lama.

Beliau turut memohon maaf sekiranya terdapat salam yang tidak sempat disambut, lambaian yang tidak berbalas atau ucapan takziah yang masih belum dijawab sepanjang tempoh sukar itu.

Foto : FB Tun Mahathir Mohamad

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *