Akaun WhatsApp Digodam, MCMC Dijangka Beri Penjelasan Susulan Maklum Balas Meta
KUALA LUMPUR – Isu akaun WhatsApp yang didakwa digodam dan kemudian dinyahaktifkan kini menunggu penjelasan lanjut daripada pihak berkuasa.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata beliau akan meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengeluarkan kenyataan susulan selepas menerima maklum balas daripada Meta berhubung isu berkenaan.
Menurut Fahmi, Meta sebelum ini diberikan tempoh sehingga jam 3 petang Isnin lalu untuk memberikan maklum balas terhadap perkara yang dibangkitkan MCMC.
Fahmi berkata beliau masih belum mendapatkan perkembangan terbaharu daripada MCMC, namun akan meminta suruhanjaya itu menjelaskan hasil maklum balas yang diterima daripada Meta.
Isu tersebut timbul selepas MCMC menerima aduan daripada orang ramai berkaitan akaun WhatsApp yang dikatakan telah disekat atau digodam.
Sebelum ini, MCMC memaklumkan pihaknya sedang berhubung dengan Meta bagi membantu pengguna yang berdepan masalah akaun digodam dan kemudiannya disekat secara kekal.
Perkembangan seterusnya kini bergantung kepada penjelasan MCMC selepas maklum balas daripada Meta diteliti.
Sumber : Astro AWANI
