ISU TERKINI · POLITIK · HIBURAN · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK · HIBURAN · SANTAI

JenayahMalaysia

5 rakyat Malaysia ditahan di Jakarta, dadah disembunyikan dalam kasut

KUALA LUMPUR – Lima rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas disyaki membawa masuk kira-kira 5 kilogram (kg) dadah sintetik jenis etomidate yang disembunyikan di dalam kasut.

Kelima-lima mereka ditahan Bahagian Kastam dan Eksais Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, Jumaat lalu selepas tiba dari Kuala Lumpur menggunakan penerbangan AirAsia QZ201.

Pemeriksaan dilakukan selepas pergerakan mereka mencurigakan. Hasil pemeriksaan menemukan 10 bungkusan serbuk putih, dengan setiap suspek membawa dua bungkusan seberat kira-kira 500 gram yang disorok di bahagian tapak dalam kasut.

Lima rakyat Malaysia itu dikenal pasti sebagai Mohamad Zulhusni, 49; Nur Aisyah, 25; Emmanuel, 24; Prince Alvin Robin, 22; dan Muhammad Adam, 21.

Siasatan awal mendapati mereka dipercayai dikawal individu menggunakan nama panggilan ‘Madam’ menerusi aplikasi Telegram. Setibanya di Jakarta, mereka diarahkan ke sebuah hotel di Harmoni sebelum semua kasut yang mengandungi serbuk berkenaan dimasukkan ke dalam sebuah beg pakaian untuk diserahkan kepada seorang lelaki warga China.

Polis Indonesia kemudiannya menahan lelaki berkenaan dan menemukan kunci sebuah unit apartmen di Jakarta Utara. Kes masih dalam siasatan pihak berkuasa Indonesia.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *