ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

Malaysia

“Pendamping Dalam Setiap Keadaan, Terima Kasih Azizah” – Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi gambar terbaharu selepas menjalani rawatan, ditemani isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar menzahirkan penghargaan kepada Wan Azizah yang sentiasa berada di sisinya.

“Pendamping dalam setiap keadaan. Terima kasih, Azizah, kerana sentiasa di sisi,” katanya.

Anwar turut berkongsi gambar sejambak bunga yang diterimanya daripada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sempena ulang tahun kelahirannya, selain sebagai tanda ingatan serta doa untuk kesembuhan beliau.

“Menjunjung kasih… atas kurniaan dan ingatan sempena ulang tahun kelahiran, serta doa buat kesembuhan dan keafiatan saya. Dirgahayu Tuanku!” katanya.

Anwar kini masih menjalani rawatan susulan selepas menjalani pembedahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *