ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

Politik

Tiada PRK Parlimen Subang Susulan Peletakan Jawatan Wong Chen – SPR

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Subang tidak akan diadakan susulan peletakan jawatan penyandangnya, Wong Chen sebagai Ahli Parlimen kawasan itu.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata keputusan itu dibuat berdasarkan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan untuk mengisi kekosongan luar jangka berkenaan.

“Tiada PRK bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.104 Subang akan dijalankan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata SPR menerima pemakluman daripada Johari menerusi surat bertarikh hari ini berhubung status kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Subang selepas kerusi berkenaan diisytiharkan kosong di bawah Perkara 51 Perlembagaan Persekutuan.

Terdahulu, Johari pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini mengesahkan beliau menerima notis peletakan jawatan Wong Chen secara rasmi semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *