ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

Dunia

FIFA Perkenal Cincin Kejuaraan Untuk Pemenang Piala Dunia 2026

NEW YORK – Juara Piala Dunia FIFA 2026 bakal menerima satu lagi penghormatan istimewa apabila FIFA memperkenalkan cincin kejuaraan sebagai anugerah tambahan selain trofi rasmi dan pingat emas.

Menurut laporan Xinhua yang memetik pengumuman FIFA pada Khamis, cincin berkenaan akan disampaikan kepada pasukan juara sejurus tamat perlawanan akhir antara Sepanyol dan Argentina di Stadium New York New Jersey, Ahad ini.

Pengenalan cincin itu merupakan sebahagian daripada koleksi edisi terhad yang merangkumi 2,026 cincin bernombor individu sempena penganjuran Piala Dunia 2026.

Daripada jumlah tersebut, 30 cincin akan diberikan kepada pemain dan anggota pasukan yang muncul juara, manakala baki 1,996 cincin akan dipasarkan di seluruh dunia sebagai memorabilia rasmi berlesen FIFA.

Setiap cincin menampilkan ukiran trofi Piala Dunia FIFA pada satu bahagian, manakala bahagian bertentangan akan diperibadikan mengikut identiti pasukan yang menjuarai kejohanan.

Langkah memperkenalkan cincin kejuaraan itu turut membawa sentuhan tradisi sukan Amerika Utara, yang lazimnya menghadiahkan cincin khas kepada pasukan juara selain trofi sebagai simbol kejayaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *