Desas-Desus DUN Negeri Sembilan Akan Dibubarkan Esok Semakin Kencang
SEREMBAN – Desas-desus mengenai kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dibubarkan dalam masa terdekat semakin hangat diperkatakan susulan satu surat jemputan rasmi yang tular menerusi aplikasi WhatsApp dan media sosial sejak petang tadi.
Surat berkenaan memaklumkan jemputan kepada 30 orang Dato’ Adat Luak Johol untuk menghadiri satu istiadat penting yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat, 5 Jun 2026, di Balai Rasmi Tengku Besar Tampin.
Kandungan surat itu menyebut mengenai “Majlis Pengisytiharan Y.A.M. Tunku Dato’ Seri Nazaruddin ibni Almarhum Tuanku Jaafar sebagai Yang di-Pertuan Besar yang baharu”, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan pemerhati politik dan institusi adat Negeri Sembilan.
Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kerajaan negeri mahupun pihak Istana berhubung dakwaan pembubaran DUN.
Perkembangan tersebut bagaimanapun terus menjadi perhatian memandangkan institusi Yang di-Pertuan Besar mempunyai peranan penting dalam urusan perlembagaan negeri.
Berita lanjut menyusul.
