NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

Politik

“Rumour Kosong Sahaja, Nurul Izzah Tidak Sertai BERSAMA” – Rafizi

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Rafizi Ramli menepis dakwaan kononnya Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akan menyertai Parti Bersama Malaysia (BERSAMA).

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu menyifatkan spekulasi berkenaan sebagai khabar angin tidak berasas.

“Itu (dakwaan Nurul Izzah sertai BERSAMA) rumour (khabar angin) kosong sahaja.

“Dia (Nurul Izzah) tidak akan join (sertai) BERSAMA,” katanya ringkas menerusi hantaran di laman X.

Beliau mengulas dakwaan yang tular susulan perubahan tugas Nurul Izzah dalam PKR apabila tanggungjawab sebagai Pengarah Pilihan Raya parti kini diambil alih Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari.

Terdahulu, seorang pemilik akaun X yang dipercayai penyokong BERSAMA dilaporkan menggesa Rafizi supaya tidak menerima kemasukan Nurul Izzah ke dalam parti itu.

Kelmarin, Amirudin dilaporkan dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya bersama Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menggantikan Nurul Izzah, hasil keputusan mesyuarat Biro Politik PKR pada Isnin lalu.

Langkah penyusunan semula itu dikatakan sebahagian daripada strategi PKR bagi memperkemas koordinasi dan memperkukuh persiapan menghadapi pilihan raya akan datang.

Dalam masa sama, Nurul Izzah dijangka terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh pembangunan keupayaan jentera pilihan raya serta aliran kerja parti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *