PRU16 lebih awal?
KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) berkemungkinan diadakan lebih awal sekiranya kedudukan ekonomi negara terus menunjukkan prestasi memberangsangkan dan tahap keyakinan rakyat terhadap kerajaan berada pada momentum positif.
Penganalisis politik berpandangan, kestabilan pentadbiran Kerajaan Perpaduan ketika ini membuka ruang kepada kemungkinan Perdana Menteri mempertimbangkan pembubaran Parlimen lebih awal daripada tempoh tamat penggal.

Menurut mereka, faktor pemulihan ekonomi, pelaburan asing serta kestabilan politik menjadi antara elemen utama yang boleh mempengaruhi keputusan berkenaan. Dalam masa sama, kerajaan juga dilihat mahu memanfaatkan sentimen semasa sekiranya sokongan rakyat kekal stabil.
Bagaimanapun, penganalisis turut menegaskan keputusan muktamad masih bergantung kepada situasi politik semasa, keadaan ekonomi global dan strategi parti-parti dalam kerajaan.
Untuk rekod, penggal Parlimen ketika ini dijadual berakhir pada Februari 2028 sekiranya tiada pembubaran lebih awal dilakukan.
