Agong, Raja Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Hari Malaysia
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat negara ini.
Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar Malaysia sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan keberkatan Allah SWT, dikurniakan keamanan yang berpanjangan serta dilindungi daripada segala bentuk musibah.
Menurut hantaran itu, Sultan Ibrahim turut menzahirkan rasa syukur atas nikmat perpaduan dan keharmonian yang sekian lama terjalin dalam kalangan rakyat berbilang kaum.
“Perpaduan dan keharmonian ini menjadi asas penting kepada kekuatan dan kestabilan negara,” menurut hantaran berkenaan.

