ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

ISU TERKINI · POLITIK NEUTRAL · POPULAR · SANTAI

Politik

Parti Wawasan Negara Sah Jadi Anggota Perikatan Nasional

KUALA LUMPUR – Parti Wawasan Negara kini secara rasmi menjadi parti komponen Perikatan Nasional (PN) selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) meluluskan pertukaran nama Parti Cinta Malaysia (PCM) kepada Parti Wawasan Negara pada 6 Julai lalu.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kelulusan itu sekali gus mengesahkan penyertaan Parti Wawasan Negara sebagai parti anggota gabungan berkenaan berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

Menurut beliau, penyertaan itu dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 6.5 Perlembagaan PN.

“PN telah menerima pemakluman bahawa RoS meluluskan permohonan pertukaran nama Parti Cinta Malaysia kepada Parti Wawasan Negara pada 6 Julai 2026.

“Sehubungan itu, Parti Wawasan Negara secara sah menjadi parti anggota Perikatan Nasional mulai tarikh tersebut berdasarkan peruntukan Fasal 6.5 Perlembagaan PN,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan penubuhan Parti Wawasan Negara sebagai platform politik baharu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *