NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

MalaysiaPolitik

Tunku Nadzaruddin dimasyhur sebagai Yang di-Pertuan Besar 

Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar dimasyurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar dalam satu majlis yang berlangsung di sebuah resort di Melaka, sebentar tadi.

Pemasyhuran berkenaan diisytiharkan dalam majlis ringkas oleh  Undang Luak Jelebu, Maarof Mat Rashad yang mewakili Undang Yang Empat.

“Bahawasanya selaras dengan Perkara 11 Undang-undang Tubuh Negeri Sembilan 1959, kami Yang Teramat Mulia Undang Yang Empat dengan kuasa yang ada pada kami berkenaan memilih dan memasyhurkan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan, Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12, berkuat kuasa serta-merta.

“Bersesuaian dengan pengisytiharan Undang Yang Empat yang dilakukan pada 19 April 2026. Sekian dimaklumkan,” katanya ketika pengisytiharan itu.

Pengisytiharan itu kemudiannya disambut dengan penerima Tunku Nadzaruddin.

“Bahasanya beta Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar menjunjung kasih kepada Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin serta Datuk Syahbandar Sungai Ujong atas pemilihan dan pemasyhuran beta sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12,” katanya.

Majlis itu disusuli dengan bacaan doa dan laungan “daulat tuanku” oleh hadirin.

Turut hadir ahli politik veteran Rais Yatim, yang juga pengkaji adat perpatih serta bekas menteri besar Negeri Sembilan lebih 40 tahun lalu.

Hangatkan krisis pertikaian takhta

Pemasyhuran itu hari ini dijangka menghangatkan lagi krisis pertikaian takhta dengan dengan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Negeri Sembilan.

April lalu, empat undang, termasuk Mubarak (Sungai Ujong) yang kedudukannya dipertikai, mengumumkan pemecatan Tuanku Muhriz  dan mengisytiharkan Tunku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar baru berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Besar Aminuddin Harun bagaimanapun menegaskan pemecatan Tuanku Muhriz tidak sah dan tidak diiktiraf atas alasan Mubarak yang membuat pengisytiharan tiada kuasa sah sebagai Undang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *