Flotila ke Gaza Dipintas Tentera Laut Israel di Perairan Antarabangsa
Tentera laut Israel dilaporkan memintas konvoi Global Sumud Flotilla di perairan antarabangsa lewat Rabu ketika misi itu dalam perjalanan menuju ke Gaza.
Menurut laporan Anadolu Agency, beberapa bot tentera Israel mengepung konvoi berkenaan berhampiran Pulau Crete, sebelum komunikasi dengan 11 kapal terputus.
Gerakan flotila itu memaklumkan pasukan tentera laut Israel turut berada di sisi kapal dan mengacukan senjata ke arah individu di dalamnya.
Dalam kenyataan sama, pihak flotila menegaskan tindakan berkenaan tidak akan menghentikan usaha mereka untuk memecahkan sekatan serta memperjuangkan keadilan bagi penduduk Gaza.
