NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

Dunia

Trafik Hari Pertama BDR Terkawal, Beberapa Lebuh Raya Perlahan

KUALA LUMPUR – Aliran trafik pada hari pertama pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi penjawat awam dilaporkan berada dalam keadaan terkawal walaupun beberapa laluan utama mengalami pergerakan perlahan pada waktu puncak pagi. 

Menurut pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), pertambahan kenderaan mula dikesan seawal jam 7 pagi, namun keadaan keseluruhan masih stabil dan tidak menunjukkan perubahan ketara berbanding hari bekerja biasa. 

Antara laluan yang dikenal pasti mengalami aliran perlahan termasuk beberapa bahagian Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya NKVE, Lebuhraya Shah Alam (KESAS) serta Lebuhraya ELITE dan Lebuhraya Sungai Besi menuju ke pusat bandar. 

Selain itu, keadaan sama turut dilaporkan di beberapa laluan lain seperti Lebuhraya Pantai Baru (NPE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Maju (MEX), khususnya di kawasan yang menjadi tumpuan utama pergerakan harian ke ibu kota. 

Dalam perkembangan berkaitan, aliran trafik ke arah PUTRAJAYA pula dilaporkan lebih lancar tanpa kesesakan luar biasa, mencerminkan kesan awal pelaksanaan dasar tersebut terhadap pengurangan pergerakan kenderaan ke pusat pentadbiran kerajaan. 

Pelaksanaan BDR yang melibatkan ratusan ribu penjawat awam ini dilihat sebagai langkah strategik dalam mengurus pergerakan harian selain meningkatkan kecekapan operasi sektor awam dalam situasi semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *