NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

NEWS · NEUTRAL POLITICS · ENTERTAINMENT · LIFESTYLE PORTAL

Malaysia

Nur Izzati Humaira Ditemukan Meninggal Dunia Tengah Hari Ini

HULU SELANGOR – Remaja yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa di sini ditemukan meninggal dunia oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR), hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat Nur Izzati Humaira Azizul, 19, ditemukan pada jam 11.59 pagi di kawasan luar laluan pendakian.

Menurutnya, mangsa ditemukan kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir dia dilihat dan satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).

“Pasukan SAR mengambil masa kira-kira 20 minit untuk membawa mayat mangsa ke PKTK menggunakan pengusung,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi tujuan bedah siasat.

Terdahulu, operasi SAR yang memasuki hari keempat dimulakan pada jam 8 pagi tadi membabitkan pelbagai agensi penyelamat selepas dihentikan pada jam 6.30 petang semalam.

Nur Izzati Humaira dipercayai tersesat pada jam 10.50 pagi Sabtu lalu ketika menuruni bukit bersama ahli keluarganya selepas mengambil keputusan berjalan bersendirian kerana berasa penat dan kepanasan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *